bug fix
Adapun aplikasi ini berisikan tentang Sistem Pendidikan Anak Soleh
Tuntutlah ilmu sejak dari dalam buaian sehingga ke liang lahad Artinya, apabila lahir saja seorang bayi ke dunia, pendidikan untuknya telah pun bermula. Guru pertamanya sudah pasti ibu dan bapanya sendiri. Justeru itu, seseorang yang hendak menjejakkan kaki ke alam rumahtangga mesti memperkemaskan diri dengan berbagai-bagai ilmu zahir dan batin. Ilmu yang dimaksudkan ialah ilmu yang dapat mendidik diri agar menjadi seorang yang beriman dan bertaqwa.
Walaupun kita belum mencapai taraf taqwa, tapi sekurang-kurangnya sudah ada cita-cita untuk menjadi orang bertaqwa serta bercita-cita untuk melahirkan generasi yang soleh dan bertaqwa. Gabungan antara lelaki dan perempuan yang beriman dan bertaqwa atau pasangan ada cita-cita Islam ini maka wujudlah sebuah rumahtangga Islam yang berasaskan iman dan taqwa Mereka tentu akan mencorak anak-anak mengikut kehendak Islam.
Di sini dapatlah kita faham bahawa didikan secara tidak langsung sudah bermula sejak dari pemilihan jodoh. Inilah tahap pendidikan yang pertama. Tahap-tahap pendidikan seterusnya adalah:
Semasa ibu mengandung
Selepas bayi dilahirkan
Peringkat umur 0 hingga genap 2 tahun
Peringkat umur selepas 2 hingga 6 tahun
Peringkat umur 7 hingga 9 tahun
Peringkat umur 10 hingga 12 tahun
Peringkat umur 13 hingga 18 tahun
Mendidik anak pada tahap-tahap di atas tidak sama di antara satu sama lain. Mungkin ada orang merasa pendidikan peringkat pertama tidak penting lalu dibiarkan begitu juga. Mungkin juga ada orang menganggap mendidik di peringkat awal pertumbuhannya lebih mudah danpada yang lainnya lalu mereka menurut saja kehendak anak-anak mereka.
Anggapan beginilah yang menyebabkan pendidikan anak-anak di peringkat seterusnya menjadi sulit sebab anak-anak telah dirosakkan pada tahap awal lagi. Sebenarnya Islam menganggap pendidikan di peringkat awal lebih susah berbanding dengan pendidikan di peringkat balighnya.
Perlunya kita mendidik anak-anak sehingga menjadi anak soleh kerana:
Setiap ibu bapa dipertanggungjawabkan atas cara hidup anak-anak mereka di dunia dan akhirat.
Firman Allah: “Wahai orang-orang yang beriman, peliharalah diri kamu dan ahli keluarga kamu dari azab api Neraka.”
Sabda Nabi SAW: “Setiap bayi dilahirkan di atas fitrah maka kedua ibu bapa merekalah yang menjadikan mereka Yahudi atau Nasrani atau Majusi.”
Anak-anak soleh pembimbing rakan sebaya ke arah kebaikan.
Sabda Nabi SAW: “Seseorang itu mengikut cara hidup kawannya.”
Sabda Nabi SAW lagi: “Seseorang itu akan bersama dengan sesiapa yang mereka cintai ”
Anak-anak soleh menjadi sebutan dan idola sesama mereka.
Sabda Nabi SAW: “Siapa yang menyukai sesuatu maka dia akan banyak menyebutnya.”
Anak-anak soleh menenangkan hati ibu bapa dan masyarakat.
Firman Allah: “Wahai Tuhan kami, anugerahkanlah kami daripada isteri-isteri kami dan anak-anak kami permata hati kami dan jadikan kami pemimpin kepada orang yang bertaqwa. ”
Anak-anak soleh menjadi aset berharga ibu bapa mereka di akhirat.
Sabda Nabi: “Apabila seseorang manusia meninggal dunia terputuslah seluruh amat ibadahnya kecuali tiga perkara: sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak soleh yang mendoakannya,”
This version of Cara Mendidik Anak Android App comes with one universal variant which will work on all the Android devices.
If you are looking to download other versions of Cara Mendidik Anak Android App, We have 2 versions in our database. Please select one of them below to download.