Diet Telur Rebus 1.6 Icon

Diet Telur Rebus

Angelworks Health & Fitness
3.5
11 Ratings
5K+
Downloads
1.6
version
Oct 15, 2020
release date
22.9 MB
file size
Free
Download

What's New

App update

About Diet Telur Rebus Android App

Diet telur rebus merupakan diet yang berkesan untuk penurunan berat badan tanpa kelaparan. Diet telur rebus mengesyorkan pengambilan 2 – 4 biji telur sehari dalam tempoh diet selama 2 minggu. Diet telur rebus merupakan diet rendah karbohidrat kerana tiada pengambilan nasi, mee, roti, ubi kentang dan sebagainya.

Selepas 2 minggu mengamalkan diet telur rebus, berat badan dijangka akan menurun sebanyak 11 Kg atau 20 paun. Jumlah penurunan berat badan adalah berbeza bagi setiap individu bergantung kepada faktor-faktor seperti umur, berat asal, keadaan kesihatan dan juga sejarah pemakanan/diet.

Mengapakah telur khas dipilih? Telur mengandungi segala asid amino yang diperlukan oleh badan kita. Ia juga merupakan sumber protein yang paling baik dan sihat berbanding dengan sumber yang lain seperti daging, susu dan soya. Telur mengandungi zat mineral dan vitamin seperti zink, magnesium, fosforus, besi, kalsium, potassium, choline, lecithin, asid folik, selenium, vitamin A, vitamin D, vitamin B2, vitamin B5 dan vitamin E. Sebiji telur (50 g) hanya mengandungi 71 kalori sahaja. Oleh itu, telur baik untuk dimakan untuk cepat kenyang tanpa pengambilan kalori yang tinggi.

Diet telur rebus sangat senang untuk diamalkan. Resipi yang dicadangkan mudah untuk disediakan dan juga berkhasiat. Kandungan nutrisi serta jumlah kalori bagi setiap resipi juga disediakan. Resipi yang terdapat di dalam diet ini adalah seperti berikut:

1. Ayam panggang
2. Ayam dan sayur kukus/stim
3. Sos untuk salad (3 jenis)
4. Ikan panggang/bakar oven
5. Telur dadar/omelet
6. Telur rebus
7. Salad sayur
8. Salad tuna atau telur rebus
9. Telur hancur (scrambled eggs)
10. Telur frittata
11. Sup telur
12. Telur masak celur (poached eggs)
13. Telur bakar dalam oven
14. Telur mata kerbau
15. Ayam dan sayur gril/panggang
16. Ikan gril/panggang
17. Ayam masak dalam pan (pan-seared chicken)
18. Telur masak tomato
19. Sup ayam dan sayur
20. Shirataki goreng

Muat turun aplikasi Diet Telur Rebus hari ini untuk memulakan pemakanan sihat dan menurunkan berat badan secara efektif!

Other Information:

Requires Android:
Android 4.1+
Other Sources:

Download

This version of Diet Telur Rebus Android App comes with one universal variant which will work on all the Android devices.

Variant
7
(Oct 15, 2020)
Architecture
arm64-v8a armeabi-v7a x86 x86_64
Minimum OS
Android 4.1+
Screen DPI
nodpi (all screens)
Loading..