Fixed audio recording
App Legenda Singapura mengandungi enam buah kisah yang terkenal di Singapura. App Legenda Singapura dihasilkan untuk pengguna bahasa Melayu, khususnya bagi murid Darjah 3 dan Darjah 4. Guru dan murid boleh menggunakannya di sekolah. App ini juga boleh dibaca bersama di rumah oleh ibu bapa dan anak-anak bagi memperkaya kosa kata mereka.
Setiap kisah dalam App ini mempunyai beberapa bahagian:
1. Bahagian Bacaan – Terdapat tiga format: Dengar Cerita, Bacaan Saya dan Bacakan Saya. Dalam bahagian ini murid juga dapat membaca dan merakamkan bacaan mereka.
2. Bahagian Kefahaman - Terdapat lima soalan kefahaman berdasarkan cerita yang telah dibaca, empat soalan berbilang pilihan dan satu soalan terbuka bagi perbincangan lanjut.
3. Bahagian Pantun – Terdapat tiga rangkap pantun yang berkaitan dengan cerita yang telah dibaca.
4. Bahagian Permainan – Berdasarkan kisah yang telah dibaca, sepuluh patah perkataan telah dipilih untuk murid berlatih mengeja. Bahagian ini telah dibina dalam bentuk permainan agar pembelajaran murid menjadi lebih seronok dan mencabar.
5. Bahagian Peribahasa – Dalam setiap kisah, terterap dapat tiga peribahasa. Peribahasa itu dipilih daripada senarai peribahasa yang murid pelajari dan terdapat dalam sukatan pelajaran Bahasa Melayu bagi sekolah rendah.
Guru dapat mempelbagaikan penggunaan bahan ini mengikut profil dan keperluan murid masing-masing. App ini juga dapat digunakan sebagai bahan pengayaan, pengukuhan dan juga pemulihan bagi menyokong pembelajaran Bahasa Melayu yang berkesan di bilik darjah.
Semoga anda seronok menggunakan App Legenda Singapura!
This version of Legenda Singapura Android Game comes with one universal variant which will work on all the Android devices.
If you are looking to download other versions of Legenda Singapura Android Game, We have 6 versions in our database. Please select one of them below to download.