Masjid Bandar Seri Putra terletak di atas sebidang tanah seluas kira-kira 3.6 ekar di Bandar Seri Putra, Mukim Kajang, Selangor Darul Ehsan. Ia dapat menampung jemaah yang menunaikan solat seramai kira-kira 4,000 orang dalam satu-satu masa. Kariah masjid ini meliputi Bandar Seri Putra dan Taman Impian Putra.
Pembinaannya adalah atas inisiatif seluruh penduduk Bandar Seri Putra yang telah membentuk Ahli Jawatankuasa Pembinaan Masjid Bandar Seri Putra. AJK yang telah dipengerusikan oleh Datuk Dr. Abdul Rahman Hassan ini telah diamanahkan tugas-tugas merancang, mereka bentuk, mengumpul dana dan membina masjid ini hingga siap sepenuhnya. Kerja-kerja pembinaan masjid telah dimulakan pada 18hb Julai 2012 dan mula digunakan pada 1hb Oktober 2014 dengan kos kira-kira RM9.4 juta yang sebahagian besarnya dari keluhuran infaq orang ramai. Bagi melengkapkan keseluruhan kompleks masjid ini, jawawatankuasa pembinaan terus diamanahkan lagi tugas membina bangunan bagi kediaman pegawai-pegawai masjid. Pembinaannya telah menelan belanja sebanyak RM2.3 juta dan baru sahaja siap dibina pada bulan Mei 2016.
Masjid Bandar Seri Putra menyediakan kemudahan dewan solat berhawa dingin yang dapat menampung kira-kira 900 orang jemaah di ruang solat muslimin dan 800 orang di tingkat atas yang dikhususkan untuk muslimat. Pejabat pentadbiran dan bilik mesyuarat yang selesa menyediakan suasana pengurusan yang kondusif dan ruang berinteraksi dengan ahli kariah dengan lebih harmoni.
Sebuah bilik kuliah juga tersedia dan padat dengan program-program seperti seminar, tusyen rakyat, kuliah muslimat, kelas al-Qur’an dan pelbagai lagi aktiviti pengimarahan. Ruang sufah, Sufah Abu Hurairah dan Sufah Rabiatul Adawiyah, menawarkan ruang tambahan untuk aktiviti-aktiviti ahli kariah seperti kem motivasi, hafazan, majlis akad nikah dan sebagainya. Dua buah bilik tetamu, iaitu Abdul Rahman bin Auf dan Abu Ayyub al-Ansari, menjadi kelas Iqra’ dan talaqi al-Qur’an bagi kanak-kanak dan remaja. Sudut bacaan ibnu Khaldun dan Siti Khadijah menjadi dua tempat untuk para ahli kariah menimba ilmu daripada bahan-bahan bacaan pelbagai bidang ilmu yang telah disumbangkan oleh masyarakat. Selain itu masjid ini juga dilengkapi dengan bilik penyediaan jamuan dan bilik pengurusan jenazah beserta van jenazah.
Suatu yang istimewa tentang masjid ini ialah masjid ini dibina dengan konsep mesra oku. Konsep ini dapat dihayati dengan mudah sebaik sahaja tiba dipintu masuk masjid.
This version of Masjid Bandar Seri Putra Android App comes with one universal variant which will work on all the Android devices.
If you are looking to download other versions of Masjid Bandar Seri Putra Android App, We have 1 version in our database. Please select one of them below to download.