HASIL NEGERI UNTUK RAKYAT
Sejak Pakatan Rakyat mentadbir Negeri Selangor mulai Mac 2008, satu agenda besar telah dirangka dan dilaksanakan segera. Keseluruhan agenda itu dirangkumkan sebagai "Hasil Negeri untuk Rakyat."
Kekayaan hasil Negeri Selangor disalurkan kepada rakyat Negeri Selangor melalui program Merakyatkan Ekonomi Selangor. Dimulakan dengan 7 agenda kemudian ditambah dan meningkat dari semasa ke semasa melalaui fasa demi fasa.
MERAKYATKAN EKONOMI SELANGOR
Rakyat Negeri Selangor berhak berkongsi hasil kekayaan negeri. Hasil kekayaan ini diagih-agihkan kepada rakyat melalui Program Merakyatkan Ekonomi Selangor. Program ini begitu berjaya sekali.
Hasil dari kejayaan tersebut, program ini telah ditambah dan dipergiatkan lagi, supaya lebih banyak kekayaan yang dapat dikongsi dan dinikmati oleh rakyat Selangor. Fasa-fasa berikutnya sentisa dirancang dan dilaksanakan supaya Agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor ini benar-benar memberi manfaat yang maksimum kepada rakyat Selangor.
OBJEKTIF
Objektif utama dalam pentadbiran baharu adalah untuk memastikan Negeri Selangor menjadi negeri idaman dengan kemajuan dikekalkan dan kebajikan rakyat diutamakan di samping kualiti hidup rakyat dipertingkatkan dan merakyatkan ekonomi untuk menikmati hidup yang lebih sejahtera. Kejayaan Negeri Selangor maju perlu diterjemahkan dengan erti kata sebenar agar rakyat menerima limpahan sebenar kekayaan Negeri Selangor yang melimpah ruah, mewujudkan keseimbangan dalam semua spek pembangunan seimbang dan spiritual.
VISI DAN MISI
Visi dan Misi Kerajaan Negeri Selangor dalam program Merakyatkan Ekonomi Selangor adalah dengan mengutamakan kebajikan rakyat di samping kualiti hidup rakyat dipertingkatkan. Rohani dan jasmani amat penting ke arah mengekalkan status negeri maju dan terus disegani.
This version of Merakyatkan Ekonomi Selangor Android App comes with one universal variant which will work on all the Android devices.
If you are looking to download other versions of Merakyatkan Ekonomi Selangor Android App, We have 1 version in our database. Please select one of them below to download.