Selamat Hari Natal 1.9 Icon

Selamat Hari Natal

Ninawau Studio Social
0
0 Ratings
4K+
Downloads
1.9
version
Nov 16, 2019
release date
14.4 MB
file size
Free
Download

What's New

Ditambahbaik dengan beberapa saluran radio Christmas.

Ditambahbaik juga dengan saluran radio ceramah agama Kristian.

About Selamat Hari Natal Android App

Perayaan Hari Natal datang lagi. Individu, terutamanya kanak-kanak, keluarga dan Gereja pastinya sibuk dengan pelbagai persiapan di rumah mahupun di Gereja. Segala persiapan lahiriah itu akan lebih bermakna dengan mengongsikan kegembiraan dan sukacita ini kepada setiap individu sebagai tanda menghargai cinta kasih Tuhan kepada umat manusia.

Hari Krismas atau juga dikenali sebagai Hari Natal, adalah perayaan terbesar bagi penganut agama Kristian yang disambut pada setiap 25 Disember. Hari Natal memperingati kelahiran Yesus dari Nazareth, pengasas ajaran Kristian. Menurut Kitab Perjanjian Baru, Yesus yang dilahirkan oleh Santa Perawan Maria di Jerusalem, menepati ramalan-ramalan agama Yahudi mengenai kedatangan seorang penyelamat (Messiah) dari susur galur Raja David. Kedatangan Yesus adalah untuk menebus umat manusia dari dosa-dosa Adam.

Kemeriahan Natal disambut di seluruh dunia dengan pelbagai cara termasuklah bertukar-tukar hadiah, mengunjungi gereja, hiasan pokok Krismas dan orang salji serta lampu yang bergemerlapan di hampir setiap rumah. Gedung-gedung membeli-belah akan dihias dengan cantik sambil mengadakan promosi jualan hebat. Lazimnya, warna-warna hijau, merah, emas, perak dan putih merupakan warna yang sering dikaitkan dengan perayaan Krismas.

Tradisi lawatan dari rumah ke rumah sambil melagukan nyanyian Krismas secara berkumpulan atau carol Krismas, masih tetap diteruskan. Carol Krismas adalah carol yang liriknya adalah tema Krismas, dan yang secara tradisinya dinyanyikan pada Krismas sendiri atau semasa musim cuti sekitar.

Santa Claus, yang juga dikenali sebagai Saint Nicholas, Saint Nick, Kris Kringle, Bapa Krismas, atau hanya Santa, adalah tokoh legenda menurut budaya Kristian Barat. Santa Claus dikatakan akan menghantar hadiah kepada kanak-kanak yang telah berkelakuan baik sepanjang tahun menjelang Malam Krismas dan jam awal pada Hari Krismas.

Aplikasi Selamat Hari Natal adalah untuk berkongsi kegembiraan dan sukacita Kristus sempena Krismas. Aplikasi ini akan membantu menambah kemeriahan suasana sambutan Natal anda. Kirimkan ucapan melalui aplikasi Selamat Hari Natal anda kepada semua ahli keluarga, teman-teman, atau rakan-rakan seperjuangan.

Aplikasi Selamat Hari Natal menyajikan ciri-ciri yang berikut;

• Percuma
• Mudah digunakan
• Koleksi Kad Ucapan Natal yang pelbagai
• Ruang Sembang dan Ngobrol Natal
• Bingkai Krismas, dan
• Hiasan Latar berunsurkan Krismas

Semoga tahun ini kita semua mendapat berkat, damai dan sukacita Natal, terutamanya di Tahun Baru yang akan datang. Mari kita menyambut kehadiran Juruselamat ke dalam hidup kita dengan damai, cinta dan sukacita yang penuh.

Selamat Hari Natal dan Tahun Baharu.

Penafian:
Semua maklumat, imej, gambar dan bahan berkaitan dalam aplikasi ini dikumpul dari internet untuk tujuan mengukuhkan silaturahim melalui komunikasi, sebagai rujukan, hiburan, dan perkongsian pengetahuan. Kredit kepada semua pemilik asal dan sumber maklumat.

Other Information:

Requires Android:
Android 4.0.3+
Other Sources:
Category:

Download

This version of Selamat Hari Natal Android App comes with one universal variant which will work on all the Android devices.

Variant
10
(Nov 16, 2019)
Architecture
universal
Minimum OS
Android 4.0.3+
Screen DPI
nodpi (all screens)

All Versions

If you are looking to download other versions of Selamat Hari Natal Android App, We have 1 version in our database. Please select one of them below to download.

Loading..