Sistem MYalert-Kemaman adalah satu projek inisiatif daripada Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (SKMM). Ianya adalah satu sistem pemberitahuan secara penghantaran maklumat melalui mesej pesanan ringkas (SMS) atau mesej melalui aplikasi mudah alih kepada penduduk awam yang berdaftar melalui aplikasi yang tersedia. Buat permulaan, aplikasi ini dikhaskan kepada penduduk berdaftar di Daerah Kemaman, Terengganu sahaja.
Berdasarkan kepada maklumat penduduk yang diperolehi, pihak Pejabat Daerah Kemaman akan menghantar mesej pemberitahuan amaran bencana kepada penduduk yang berdaftar menerusi alamat yang berada di dalam lingkungan kawasan yang dipilih di dalam peta. Pemilihan maklumat penduduk ditentukan melalui sistem “Daftar Geokod” (Geo-coded) berdasarkan lokasi di mana alamat penduduk ditentukan di dalam peta.
Menerusi aplikasi MYalert-Kemaman juga, terdapat beberapa aplikasi yang boleh diguna-pakai oleh pengguna mudah-alih tersebut iaitu:
1.) Pengguna boleh menghantar mesej kecemasan kepada Pusat Kawalan Banjir di Pejabat Daerah Kemaman bagi membantu dan menyampaikan maklumat bencana terus dari kawasan kejadian.
2.) Pengguna boleh memberitahu lokasi dimana pengguna dengan menghantar pesanan ringkas kepada Pusat Kawalan Banjir di Pejabat Daerah Kemaman.
This version of MYalert Android App comes with one universal variant which will work on all the Android devices.
If you are looking to download other versions of MYalert Android App, We have 1 version in our database. Please select one of them below to download.