RESIPI AYAM
========================================================================
Ayam adalah salah satu hidangan popular di Malaysia Buku ini menyingkap pelbagai resipi ayam yang selalu dimasak di rumah atau dihidangkan di restoran atau gerai. Melalui app ini, surirumah dan remaja berpeluang untuk memasak pelbagai jenis masakan ayam yang popular dan diminati ramai
Daripada resipi ayam goreng yang mudah sehinggalah ke resipi yang dipengaruhi
oleh masyarakat Cina atau India. Terdapat juga resipi ala Siam seperti padprik. resipi fusion seperti Ayam Mentega Keju dan ala Barat seperti Ayam Kiev dan Chicken Chop. Semuanya amat ringkas dan cepat.
Ayam boleh dimasak dengan pelbagai cara. ia boleh direbus dengan rempah ratus, digoreng dengan bahan perapan yang harum dan enak atau dimasak bersama santan. Bagi masyarakat Melayu dan India, amatlah sinonim menggunakan santan dan daun kari dalam masakan ayam. Karl ayam boleh disediakan dengan banyak cara, sehinggakan kita mungkin tidak percaya. Sementara kaum Cina lebih gemarkan ayam yang dibuat sup atau dipanggang dan dimasak dengan kuah pekat dengan campuran taucu, sos hoisin, sos tiram dan lain-lain.
Terdapat juga resipi ayam yang sesuai untuk majlis keramaian seperti rendang atau Ayam Masak Merah. Meskipun membuatnya mengambil sedikit masa, namun hasilnya pasti tidak mengecewakan. Pendek kata, 25 resipi ayam yang dimuatkan di dalam app ini amatlah sesuai untuk selera semua.
RESIPI IKAN
=============================================================================
Resipi-resipi ikan di dalam app ini merangkumi kaedah memasak yang pelbagai cara. ikan dimasak Singgang, pindang, percik, gulai, masam manis dan lain-lain. ikan amat mudah masak dan agak "versatile" kerana ia sesuai digandingkan dengan bahan-bahan lain dalam masakan. Contohnya, dimasak dengan nanas, timun, cili Benggala dan sebagainya.
Sesetengah resipi ikan di dalam app ini turut dipengaruhi oleh masakan Thai-Kelantan seperti ikan tiga rasa, ikan goreng tepung dan Ikan masam manis. Masakan ikan yang popular seperti ikan bakar Portugis dan asam pedas juga ada. Banyak resipi kegemaran ramai boleh dicuba, berpandukan app ini.
RESIPI SAMBAL
=================================================
sambal adalah pelengkap hidangan. Sambal berupayamenaikkan selera pemakan kerana ia mempunyai elemen pedas, mats, masam dan mesin. Pedas daripada cili merah dan cili padi, manis daripada gula pasir atau gula merah/Melaka, masam daripada jus limau nipis/kasturi atau asam iawa dan masin daripada garam atau cincalok dan budu.
Sambal mentah (tidak perlu dimasak) selalunya disajikan dengan ulam-ulama. buah/putik dan lain-lain. Selain itu, ayam, daging atau ikan bakar. Antara bahan utama bagi sambal mentah adalah belacan yang perlu dibakar atau digoreng mtuk menerbitkan aroma.
Manakala sambal yang dimasak pula menggunakan pes cili sebagai bahan utama selain bawang dan sebagainya. Pes cili yang baik dihasilkan daripada ciii ke'mg yang direndam atau direbus sehingga lembut. Paling penting. bwnbu sambal hendaklah ditumis sehingga terbit minyak sebelum dicampur dengan bahan-bahan lain.
This version of Resipi Malaysia Android App comes with one universal variant which will work on all the Android devices.
If you are looking to download other versions of Resipi Malaysia Android App, We have 1 version in our database. Please select one of them below to download.