Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) menyediakan perkhidmatan aplikasi berasaskan mobile bertujuan seperti berikut:
1. Modul Semakan Status Permohonan
Memberi kemudahan kepada calon guru dan calon bukan guru menyemak status permohonan. Calon hanya perlu mengisi nombor kad pengenalan untuk membuat semakan. Sekiranya permohonan berjaya didaftarkan di SPP, pemohon akan dimaklumkan permohonan telah berjaya dan memaparkan jawatan yang dipohon.
2. Modul Semakan Panggilan Temuduga
Memberi kemudahan kepada calon guru dan calon bukan guru menyemak status panggilan temuduga. Calon hanya perlu mengisi nombor kad pengenalan untuk membuat semakan. Sekiranya permohonan berjaya, pemohon akan dimaklumkan tarikh dan tempat temuduga yang akan dijalankan.
3. Modul Semakan Keputusan Temuduga
Memberi kemudahan kepada calon guru dan calon bukan guru menyemak status keputusan temuduga yang telah dihadiri. Calon hanya perlu mengisi nombor kad pengenalan untuk membuat semakan dan sekiranya berjaya, calon perlu mencetak Surat Tawaran Lantikan dan Pakej Setuju Terima Tawaran (PSTT). Borang PSTT hendaklah dihantar kepada SPP.
4. Modul Semakan Urusan Perkhidmatan.
Memberi kemudahan kepada Anggota Perkhidmatan Pendidikan menyemak urusan perkhidmatan seperti berikut:
a. Pengesahan Pelantikan Tetap;
b. Pengesahan Dalam Perkhidmatan;
c. Pemberian Taraf Berpencen; dan
d. Pelanjutan Tempoh Percubaan.
This version of SPP Android App comes with one universal variant which will work on all the Android devices.
If you are looking to download other versions of SPP Android App, We have 1 version in our database. Please select one of them below to download.