Applikasi ini bertujuan untuk menghuraikan ciri-ciri utama tatabahasa bahasa Melayu cara yang ringkas, jelas , dan senang difahami oleh murid-murid sekolah rendah. Hanya istilah-istilah yang diketahui pada tahap sekolah rendah digunakan dan kandungannya berdasarkan pada sukatan pelajaran terkini. Terdapat 26 pelajaran yang dipecahkan kepada 3 buah buku, iaitu buku 1 : Bentuk Kata, buku 2 : Golongan kata, buku 3 : Binaan ayat.
Buku Tatabahasa Dewan Edisi Sekolah Rendah Buku 1 : Bentuk Kata membincangkan aspek perkataan atau morfologi dengan tumpuan khusus kepada bentuk kata dalam bahasa Melayu. Terdapat 8 pelajaran dalam buku ini. Bagi setiap pelajaran, diberikan :
*Definisi
*Huraian
*Contoh perkataan atau frasa
*Contoh ayat mengguanakan 4 pola ayat dasar bahasa Melayu
*Soalan pemahaman dan jawapan
Buku Tatabahasa Dewan Edisi Sekolah Rendah sesuai dijadikan rujukan untuk membantu meningkatkan kefahaman tentang segala aspek tatabahasa bahasa Melayu. Buku ini amat berguna kepada :
*Murid
*Guru
*Ibu bapa
*Pembaca umum
This version of Tatabahasa Android App comes with one universal variant which will work on all the Android devices.
If you are looking to download other versions of Tatabahasa Android App, We have 1 version in our database. Please select one of them below to download.